Kemudahan dan infrastruktur sekolah Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Bentong

KemudahanPenerangan
Kompleks AkademikMenempatkan kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, Pejabat, Bilik Guru dan lain-lain
Perpustakaan (Dar Al-Hikmah)Perpustakaan sepenuhnya berpenghawa dingin, terdapat bilik multimedia, bilik akses dan bilik audio visual untuk sesi pembelajaran
Pejabat Pentadbiran (Pejabat Utama)Bilik Pengetua, Penolong Kanan (Pentadbiran dan Kurikulum), Penolong Kanan (Hal Ehwal Pelajar), Penolong Kanan (Kokurikulum), Ketua Bilik Jabatan dan Bilik Persidangan.
Mahallah (Asrama)Dua (2) Mahallah pelajar besar, Mahallah Uwais Al-Qarni untuk pelajar lelaki dan Mahallah Aishah Al-Humaira untuk pelajar perempuan
Pejabat Penyelia AsramaTerletak di tingkat bawah Mahallah Uwais al-Qarni, pejabat digunakan untuk pentadbiran Mahallah, kediaman dan tujuan kebajikan pelajar.
Dewan Makan (Dar Al-Ni'amah)Menyediakan sajian kepada para pelajar dan digunakan untuk Majlis Makan Malam atau Lailatul Mutafawwiqin
Surau (Raudhah Al-Falihin)Pelajar SUPERB bertanggungjawab untuk melaksanakan lima solat berjemaah sehari di surau. Ia juga digunakan untuk aktiviti peningkatan keagamaan dan kerohanian.
Kuarters GuruPenempatan guru-guru SUPERB
Rumah WardenPenempatan warden-warden SUPERB
Dewan Besar(Dewan Perdana SUPERB)Dewan besar untuk acara sekolah atau acara formal seperti Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5, Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAKA) dan lain-lain.
Ruang Legar (Dewan Terbuka)Berfungsi sebagai alternatif kepada Dewan Perdana. Biasanya ia akan digunakan untuk acara-acara seperti beramah akademik, program-program sekolah, mesyuarat pelajar, aktiviti ko-kurikulum dan sebarang acara formal.
Grand Stand (ASTAKA)Stadium mini yang terletak di padang utama di sekolah dan digunakan untuk acara sukan atau lain-lain seperti aktiviti Merentas Desa, Hari Sukan Sekolah dan sukan lain dan.
GelanggangPelbagai kemudahan gelanggang sukan
Kantin (KAFETERIA)Menyediakan hidangan kepada warga SUPERB
Makmal ICTKawasan sepenuhnya berhawa dingin, mempunyai liputan wifi untuk peningkatan kemahiran pelajar.
Makmal-makmalMenempatkan makmal sains seperti Makmal Fizik, Makmal Kimia dan Makmal Biologi untuk sesi pembelajaran Sains
Pusat Kecemerlangan TahfizDiperuntukan untuk pengajian tahfiz dan kecemerlangan tahfiz
Bilik Unit Bimbingan dan KaunselingMenyediakan terapi psikologi, nasihat pembelajaran dan bimbingan untuk pelajar
Leadership Room (Bilik Kepimpinan Pelajar)Diperuntukkan untuk mesyuarat Badan kepimpinan Pelajar seperti Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya
Bilik MesyuaratBilik mesyuarat utama yang terletak di pejabat sekolah. Ia menyediakan bilik persidangan kondusif, berhawa dingin sepenuhnya untuk guru-guru sekolah, kakitangan dan pelawat formal
Bilik RekreasiDisediakan di Mahallah masing-masing kepada pelajar untuk berehat terutama pada hujung minggu. Televisyen disediakan di bilik ini untuk membenarkan pelajar untuk menonton hiburan multimedia.
Bilik KesihatanSebuah bilik khas yang menyediakan kemudahan kesihatan dan rawatan. Doktor dan jururawat dari hospital / klinik berdekatan melawat sekolah untuk program kesihatan berasaskan sekolah seperti program pergigian, vaksinasi dan program derma darah.
I-KioskDiperuntukkan untuk pelajar memperoleh maklumat dan menerapkan konsep pembelajaran abad ke-21
SUPERB Square (Dataran Perhimpunan)Terletak di tengah-tengah blok pentadbiran untuk majlis perhimpunan dan majlis-majlis lain